PRU15 | 'Parti tiada akar umbi pun mahu bertanding' – MB Pahang

2022-10-25 0

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan tindakan parti politik tertentu yang tiada akar umbi tetapi mahu bertanding di negeri itu sebagai hanya mengacau undi. Walaupun demokrasi membenarkan mana-mana parti politik untuk bertanding, namun beliau melihat tindakan parti berkenaan hanya bersandarkan dendam dan isu peribadi.

#MalaysiaMemilih